''Life is like riding a bicycle. To keep your balance , you must keep moving - Albert Einstein
Yeahhh, cuba ingat balik movie atau drama apa yang pernah hampa tonton yang bagi kesan yang mendalam dalam hidup kita ? Mesti ada kan ? Yang minat hindustan , tengok sampai menagis pun ada.
Sebab apa kita lebih nak faham dan mendalami kisah tu ? Mesti sebab banyak bagi inspirasi kepada kita kannn.Bila kita tengok jaa, mesti akan rasa untuk ubah diri supaya lebih berjaya dan boleh bagi manfaat kat orang lain. Mesti ada sebab dia kenapa perlu ada kisah inspirasi dalam hidup kita. Selalunya , melalui cerita2 tauladan yang buat kita insaf dengan perbuatan kita sebelum ni 😂😂😂.
First ,
1. Sebagai pembakar semangat
Anda boleh jadikan kisah inspirasi sebagai pembakar semangat dalam hidup kita. Hidup ni mesti perlukan vitamin untuk terus maju. Dengan kisah inspirasi , boleh la sama2 kita teruskan semangat untuk teruskan hidup yang mendatang . Dan bukan sekadar suka2 . Ia jugak boleh buat pedoman dan memberi manfaat yang berguna.
2. Untuk menarik magnet positif
Bila anda biasakan diri dengan membaca kisah2 inspirasi atau tonton filem yang boleh bagi kesan motivasi, secara tak langsung ia akan menarik magnet2 yang positif dalam diri.
Bila diri kita penuh dengan aura positif, semua keputusan yang akan dibuat juga positif. Orang di sekeliling pun turut merasa aura positif tuu. Ia jugak boleh buat fikiran anda terbuka secara tidak langsung.
3. Terselit pelbagai kisah
Dalam kisah inspirasi, Bila kita baca, kita akan rasa lagi berazam untuk mengubah nasib diri menjadi yang terbaik antara orang keliling. Jika kita tak baca , kita tak tahu ,masalah yang mereka hadapi. Kebanyakkan kisah inspirasi yang kita tonton dalam tv adalah berdasarkan kisah benar yang telah diolah. Kisah yang dilalui sendiri oleh watak tersebut.
4. Ada nilai tersendiri.
Setiap kisah inspirasi ada kisah tersendiri. Kisah yang kita tak tahu . Bila kita cari , baru lah tahu kisah yang sebenar. Sebab tu la kenapa kisah tersendiri ini sangat bernas.Kata2 tak boleh dibeli dengan duit. Ia boleh dijadikan sebagai pengajaran dan untuk motivasi diri. yeahhh 🤑
5. Susah untuk dilupakan
Bila kita tengok cerita fav kita , kita mesti akan ingat jalan cerita dia macam mana lepas tu jadi macam mana kan ? Bila orang suruh kita cerita balik , kita boleh cerita sebijik sebijik hahaha. Ini sebab banyak nilai positif yang memberi kesan mendalam kepada jiwa. It's such as an inspiring drama bagi kita lah kan ?
So, kisah inspirasi memang penting dan terbukti hahahaha boleh bantu kita dalam kehidupan harian. Macam zaman sekarang yang ada crush2 tu kann 😅 . Mesti kawan pernah kata , bila nampak crush ja , teruih ada semangat nak belajaq kann ? selalu macam tu . 😆. Alright, See u later . Bye.
No comments:
Post a Comment