Penah makan dak kek batik ? Tipulah kalau tak penah makan . Kalau kata tak penah dengaq tu lagi la menipu. HAHAHA. kek paling senang buat dan paling fav laa. Kalau reti buat kek batik tu kira boleh kawen dah la. hahaha. Kek batik ni dulu saya tak penah tau . Duk ingat kek batik sarawak ja. Padahal ini pun ada kek batik. First time makan kek batik , masa balik kampung and makcik suruh rasa. Warna koko koko tu kan ? Dah sekali rasa , sedap lepas tu bila balik ja kampung mintak makcik buatkan kek batik hehe. Sebab dah fall in love .
Last skali bila asyik duk suruh orang buat ja , kita telan masuk perut ja , mana boleh en ? So, nak senang , makcik bagi resepi teruih . So, bila nak makan buat ja sendiri sebab senang sangat. First try? Biasalah , orang yang duk buat eksperiment pun depa cuba banyak kali nak buat eksperiment. Apatah aku yang tak penah penah buat . And first time buat , diri sendiri pun tak lalu nak makan. HAHAHA. tau dak apa jadi? keras gila . hahaha.
Hampa penah tengok dak ni rupa kek batik macam mana. ?
Nah bagi sapa2 yang taktau rupa kek batik macam mana hahaha.
Saya nak share resepi kek batik haa. komfem sedap. Yang keras tu sebab first try. Bila buat banyak kali , jadi sedap la . Boleh buat juai lagii naihh. Benda yang baik harus dikongsi bersama . So, jom berkongsi resepi kek pulak hahahah.
Bahan bahan :
1) 2 cawan milo
2) 2 sudu besar serbuk koko
3) 1/2 tin susu pekat manis ( tin yang biasa ) * ikut tahap kemanisan
4) 1 buku buttercup
5) 1 paket biskut marry (plain)
6) 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Penyediaan :
1) Cairkanbutter dalam periuk . Bila dah cair masukkan susu pekat.. gaul sebati.. api sederhana.
2) Masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk.. gaul sehingga sebati.. Pastikan tiada milo yang berketul2
3) Masukkan esen vanilla dalam periuk.. gaul sebati dan padamkan api.
4) Masukkan biskut yang telah di patahkan ke dalam periuk dan gaul rata.
5) Masukkan dalam bekas yang sudah dialas dengan plastik ( untuk memudahkan proses nak keluarkan dari bekas.
6) Padatkan kek batik di dalam bekas tadi dengan menekan2 belakang sudu ke permukaan kek batik sehingga padat dan simpankan dalam peti sejuk supaya keras.
Siap... Selepas 30 minit , boleh dihidangkan :)
Selamat mencuba. :)
No comments:
Post a Comment