Wednesday, 28 March 2018

Pulau Pinang, Pulau Mutiara



Assalamualaikum ,

Hai gais , Kali ni jom kita tengok apa tempat yang best kat Penang ni. Saya ni orang penang saja , tapi jarang la jalan2 keluaq pi tempat best2 kat sini. Selalu orang duk kata Penang ni syurga makanan en ? Ni bukan setakat banyak makanan. Tempat yang best2 pun banyak sampai tak tau nakpi mana satu. hahaha. Kalau orang mai Penang , mesti nak tau kan ada apa kat Penang ni ? Best ka ? Banyak ka tempat best ? Haaa harini saya nak share sikit tempat2 yang best kat Penang. Kod la sapa sapa dah  duk merancang nak mai Penang, tapi taktau nakpi mana. Penang ni bukan setakat ada jambatan panjang ja , sekarang ni Penang dah ada 2 jambatan haa. Boleh pilih nak naik jambatan mana ataupun feri. 

                                            
                                          Yang atas ni jambatan Pulau Pinang yang pertama.

Alright, disebabkan ramai yang suka makan, saya mulakan dengan tempat menarik kat Penang yang berkaitan dengan makanan ialah Wonderfood Museum, Penang. πŸ’—πŸ’— Biasa kita duk dengaq muzium bersejarah ja kan ? Tapi kat Penang ni ada Muzium makanan dan mereka letak makanan sebagai pameran. Yang lagi best ialah makanan yang dipamerkan semuanya makanan tempatan seperti roti canai, nasi lemak ayam , cendol , laksa. Pengunjung juga boleh ambil gambaq. Kan sekarang kan kita kat mana pun nak ber " selfie " . So, sapa yang mai muzium ni boleh la selfie  πŸ’ƒdengan makanan makanan yang ada. Saiz makanan yang dipamerkan semua besaq2 so, hampa jangan terkejut la nahhh. Bayaran nak masuk ke muzium ni adalah RM 15 (dewasa) dan RM10 (kanak2). Waktu beroperasi pulak adalah setiap hari dari pukul 9am - 6pm . Muzium ni terletak di 49 Lebuh Pantai, George Town,10200 George town , Pulau Pinang.


Besaq kannnn 






























Yaaaa , next place pulak. Avatar Secret Garden, Tanjung Tokong

 Mesti  hampa pelik kan kenapa nama avatar ? Mesti hampa terbayang tentang makhluk gergasi yang seakan akan manusia dalam skala gergasi di dalam hutan yang cantik. Hutan yang penuh warna warni di dalam filem tersebut diilustrasikan di Tanjung Tokong ni. Antara daya tarikannya ialah Taman Tulip , Ppan Chess Cina, Pokok warna warni dan Menara Bercahaya. Tempat ni tak la besaq mana pun tapi kalau hampa pi, memang akan fall in love lah dengan lampu warna warni.Cantik wehhhh. Pemandangannya pun boleh tenangkan kita dan boleh menghilangkan stress. Yang pastinya , masuk adalah percuma. Haaa best dak ? Bukan senang nak jumpak tempat yang masuk free nih. Kalau nak lagi best , pi wakru malam . baru nampak warna warni tuh haa. Avatar Garden ni bukak setiap hari dari pukul 8am - 12am. Tempatnya, di 336 Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia.




Cantik dakk ? 
Okayyy , seterusnya , banyak rupanya tempat yang best best kat Penang ni kan ? Yeahh, Kalini kita tengok Penang Escape Theme Park, Teluk Bahang .

Penang Escape Theme Park merupakan tempat yang sesuai untuk sesiapa yang minat sukan ekstrem dan sesiapan yang nak riadah seperti di kampung. Hasil ilham En. Sim membawakan satu konsep taman tema yang lain dari lain. Daya tarikan dekat escape ini adalah Tubby Racer (Perlumbaan Tube), A-Maze (Permainan sorok sorok ) dan Gecko Tower. Semua ni berdasarkan konsep permainan tradisional. Kalau hampa mai escape ni , mesti kena duk lama . Sebab bila dah main tu , penat pun tak rasa. Rasa macam lagi nak main. Bayaran untuk nak masuk escape ialah RM 55 . Hampa boleh layari laman web Penang Escape untuk maklumat yang lebih lanjut. Escape ni bukak setiap hari (KECUALI Isnin ) dari 10am - 6pm. Lokasi Escape ni dekat 828, Jalan Teluk Bahang , Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang , Pulau Pinang, Malaysia.


Lasak tak lasak hampa tengok ? πŸ‘€
Dah 3 tempat dah saya share . Next agak agak tempat apa pulak ? Mana pulak nakpi nih ? Okay kita tengok pulak  Penang 3D Trick Art Museum iaitu muzium 3D . Dalam muzium 3D ni , kita boleh tengok lukisan yang boleh kelirukan mata kita sampai boleh juling laaa. HAHAHA. Dak dak. Tak juling pun cuma rasa tertarik ja. Kalau nak lagi seronok , bawak la kawan2 hampa ka family hampa ka sekali. Baru boleh posing macam2 gaya. Tips untuk mengambil gambar juga disediakan di sudut pameran.Tapi paling penting kalau mai muzium , benda wajib kena bawak adalah kamera la. Takkan nak masuk saja saja enn ? Bayaran untuk masuk dalam muzium ini ada RM 15. Jarang risau, muzium ni bukak tiap hari tau dari pukul 9.00am - 6.00pm. Muzium ni bertempat di 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.


Nampak 3D kannns
Muzium 3D dah , Escape dah, Avatar Secret Garden dah,and Muzium food pun dah. Saya bagi 1 lagi tempat yang bestttt kat Penang. Haaa tempat mana pulak ? Yaaaa saya nak kongsi pantai yang best kat Penang . Mesti dah tau kannn. Pantai Batu Feringghi. Tempat yang paling sesuai bila stress ,bila bosan dan lain2. Pantai kodd. Sapa ja yang tak suka pi pantai melainkan yang takut sunburn . Pantai is a part of my fav place.

Okay, balik pada cerita pantai batu Feringghi. Boleh buat apa kat sana ? Ada apa ? Boleh mandi ka ? Haaa. mai ceq nak habaq. hahaha. Kat sini , semua boleh buat .Mandi boleh , berkelah boleh , mai ambik angin saja pun boleh. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah jet ski , menaiki bot dan lain2. Selain itu , sesiapa yang suka tengok sunset ka boleh datang pada waktu senja kerana kita boleh tengok sendiri dengan mata macam mana rupanya sunset tu . Tambah2 tengok sunset kat pantai pulak.lagilahhhhh cantik . So, boleh bawak tok tokwan family makcik pakcik mai kena sendiri angin pantai batu feringghi . Mesti best aih.





So, inilah rupa pantai itu. kalau rasa nak mandi manda punboleh saja. Cantik kan pemandangan kat situ . So, kepada sapa yang taktau nakpi mana untuk holiday ka apa ka boleh saja datang terus. Tidak perlu bayaq apa2 pun. Parking free semua free. Di sekitar tepi2 pantai tu , ada jualan makanan, pakaian dan lain2 lahi. Semua ada depan mata , so tungggu apa lagiiiiii.Saya dah share 5 lokasi yang menarik di Penang. Selamat meneroka gais. Byeee

No comments:

Post a Comment