Thursday, 29 March 2018

Taman Negara , Pahang

Assalamualaikum,

Haa , nak tau ka kenapa dengan Taman Negara ni ? Pengalaman yang dekat Taman Negara tak boleh dilupakan . Tau dak pengalaman apa ? HAHAHA. Sesat dalam Taman Negara. masa canopy walk. hahahahah. Okay , cerita dia bermula masa form 3 , warden asrama tiba2 panggil saya dan seorang kawan saya ni pi pejabat asrama . Mula2 tu ketaq la kod ada buat salah ka sebab dulu2 gangster sikit. Muka muka yang duk bawak fon masuk asrama sampai kantoi pun muka ni jugak. Dah la baru form 1 dah pandai bawak fon pi asrama. Nak tunjuk hebat sangat kan. hahahaha,

Back to topic. Lepas warden panggil tu , kami pun pi la dengan muka baiknya , Last sekali , cikgu suruh masuk kem melibatkan pelajar asrama . HAHAHA.πŸ˜ƒπŸ˜ƒ Macam mana boleh terpilih pun taktau la. Taqa duk pikiaq nakpi ka dak tu memang lama la. sebab 2 orang ja 1 sekolah. Dah la tak penah pi kem yang wakil2 nih. Last2 kami pun masuk ja la kem tu.

Hari first pi tu dah sengap dah sebab sekolah lain kebanyakkan dalam 3,4 orang. Tapi nasib la cikgu sekolah kami yang pi tu ramai. hoho. Haa lupa , sorang lagi tu nama dia Amylia Izati.πŸ‘€ Sampai dekat Taman Negara tu , memang best la sebab tak penah tengok hutan besaq2 lawa mua cukup. Kalau kem ni , biasalah . Mesti banyak berjalan kan ? So, ke mana pun pi , kena jalan kaki. Cikgu ja boleh naik kereta dengan orang yang sakit.πŸ˜’


Okay , kami sampai sana pun dekat petang dah, so macam biasalah , amik bilik, kemas barang , persiapan diri semua. Esok tu pulak ,fasi tu kata kita nak masuk dalam Taman Negara ni. Dalam 2 -3 jam jugak la. So, depa bahagi kumpulan semua . Jalan dia semua tangga. Memang lembik lutut. 😡😡Pelajar lelaki dan perempuan kena bawak kain batik dan kain pelekat . Tau dak untuk apa ? Untuk, kalau sapa2 sakit, orang laki akan angkat guna kain tu . So , depa akan usung la. hahaha. Best kan ?

Okay , dah  masuk2 tu berpecah ikut group masing2. Satu group dalam10 orang. Kami pulak dapat group dengan cikgu yang baik , lembut sikit. Cikgu tu pun taktau jalan, so, ikut orang yang duk tunjuk jalan tula. Lepastu , sedaq tak sedaq , cikgu group kami tu , dia ralik buat apa tah sampai tak jumpak dengan orang yang tunjuk jalan tu . So, cikgu tu decide , ikut ja jalan yang rasa2 bekas kaki orang.



Jalan dia macam ni. Ada tangga and ada yang jalan macam hutan. Dah la dalam tu takdak line fon. So, semua main redah ja ikut cikgu tu. Cikgu suruh jerit la nak panggil yang lain. Orang lain pakat nak qeyau dah masa tu. Duk jalan elok2 tiba kaki Amylia tu 'terpeleoet" kesian kawan, Nasib tak terseliuh lagi. Orang laki nak angkat, tapi dia takmau.So, kena la pimpin dia jalan slow2. 

Budak laki jalan  laju gila sampai kami yang perempuan ni marah depa sebab laju sangat.  Yala satgi kena tinggai pulak, berpisah lagi. Lagi jenuh . πŸ’£Depa pun jalan la slow2 . Tengok2 cikgu jalan , bawak kami sampai ke tepi sungai , memang becak kat situ, tenggelam kaki. Muka cikgu lain terus , gelabah semua . Kelam kabut la patah balik sebab dah sampai tepii sungai dah. Satgi hanut dengan ayaq pulak.πŸ˜€

And last , kami  berpecah dua group , cari jalan keluaq , tengok2 dah berpecah,tak jumpa group lagi satu    πŸ˜‚πŸ˜‚ Lepastu kami pun dah taktau nakpi mana , kami patah balik, cari balik jalan yang ada nmpak tapak kaki kann, kami tunggu situ. Nasib baik masa tu selisih dengan penunjuk arah tu. Dia pun duk cari kami masa tu.  So , semua dah selamat . Tapi taktau apa jadi dekat group yang berpecah lagi satu tu . Masa jalan balik nakpi tempat asal tu, orang lain semua gelak and tengok pelik. Sebab depa dah sampai lama dah. Kami ja baru nak makan. Pastuh nampak la cikgu yang bawak kami tu duk share story apa jadi masa sesat tu. πŸ˜‚πŸ˜‚

Haihhh. Benda yang tak boleh lupa. Lepas pada tu trauma sat. Tengok2 masa form 4 pun kena pi kem jugak. Tapi nasib tak sesat dah.


Lepas canopy walk , pusing naik bot kod tak silap. hehehe. Esok tu pulak dah bertolak pi Genting Highland. Elok esok tu baru rasa sakit kaki. entah berapa km jalan dalam hutan tu. Campoq dengan sesat lagi, so jarak jadi bertambah ya dokk ? hahaha . Lepas dah balik kem tu en.. kami cerita la kat kawan2 tau dak apa reaksi depa ? Depa gelak jaa huh. Depa tak rasa lagi macam mana rasa pengalaman sesat dalam hutan yang besaq. Masa duk sesat tu duk takut tak jumpak jalan keluaq ja. Duk takut tak boleh nak balik. πŸ˜₯πŸ˜₯ Okay takat tu ja nak cerita pengalaman sesat dalam Taman Negara dengan cikgu . HAHHAHAHA.

Kek Batik Yummy

Assalamualaikum semua πŸ‘―

Penah makan dak kek batik ?  Tipulah kalau tak penah makan . Kalau kata tak penah dengaq tu lagi la menipu. HAHAHA. kek paling senang buat dan paling fav laa. Kalau  reti buat kek batik tu kira boleh kawen dah la. hahaha. Kek batik ni dulu saya tak penah tau . Duk ingat kek batik sarawak ja. Padahal ini pun ada kek batik. First time makan kek batik , masa balik kampung and makcik suruh rasa. Warna koko koko tu kan ? Dah sekali rasa , sedap lepas tu bila balik ja kampung mintak makcik buatkan kek batik hehe. Sebab dah fall in love .

Last skali bila asyik duk suruh orang buat ja , kita telan masuk perut ja , mana boleh en ? So, nak senang , makcik bagi resepi teruih . So, bila nak makan buat ja sendiri sebab senang sangat. First try?  Biasalah , orang yang duk buat eksperiment pun depa cuba banyak kali nak buat eksperiment. Apatah aku yang tak penah penah buat . And first time buat , diri sendiri pun tak lalu nak makan. HAHAHA. tau dak apa jadi? keras gila . hahaha.
Hampa penah tengok dak ni rupa kek batik macam mana. ?



Nah bagi sapa2 yang taktau rupa kek batik macam mana hahaha.

Saya nak share resepi kek batik haa. komfem sedap. Yang keras tu sebab first try. Bila buat banyak kali , jadi sedap la . Boleh buat juai lagii naihh. Benda yang baik harus dikongsi bersama . So, jom berkongsi resepi kek pulak hahahah. 


Bahan bahan :

1) 2 cawan milo
2) 2 sudu besar serbuk koko
3) 1/2 tin susu pekat manis ( tin yang biasa ) * ikut tahap kemanisan
4) 1 buku buttercup
5) 1 paket biskut marry (plain)
6) 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan :

1) Cairkanbutter dalam periuk . Bila dah cair masukkan susu pekat.. gaul sebati.. api sederhana.
2) Masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk.. gaul sehingga sebati.. Pastikan tiada milo yang       berketul2
3) Masukkan esen vanilla dalam periuk.. gaul sebati dan padamkan api.
4) Masukkan biskut yang telah di patahkan ke dalam periuk dan gaul rata.
5) Masukkan dalam bekas yang sudah dialas dengan plastik ( untuk memudahkan proses nak                  keluarkan dari bekas.
6) Padatkan kek batik di dalam bekas tadi dengan menekan2 belakang sudu ke permukaan kek batik        sehingga padat dan simpankan dalam peti sejuk supaya keras.

Siap...  Selepas 30 minit , boleh dihidangkan :) 

  
Selamat mencuba.  :) 

Kisah Inspirasi Dalam Kehidupan

Assalamualaikum and hye πŸ˜€

''Life is like riding a bicycle. To keep your balance , you must keep moving - Albert Einstein
Yeahhh, cuba ingat balik movie atau drama apa yang pernah hampa tonton yang bagi kesan yang mendalam dalam hidup kita ? Mesti ada kan ? Yang minat hindustan , tengok sampai menagis pun ada.

Sebab apa kita lebih nak faham dan mendalami kisah tu ? Mesti sebab banyak bagi inspirasi kepada kita kannn.Bila kita tengok jaa, mesti akan rasa untuk ubah diri supaya lebih berjaya dan boleh bagi manfaat kat orang lain. Mesti ada sebab dia kenapa perlu ada kisah inspirasi dalam hidup kita. Selalunya , melalui cerita2 tauladan yang buat kita insaf dengan perbuatan kita sebelum ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

First ,

1. Sebagai pembakar semangat



Anda boleh jadikan kisah inspirasi sebagai pembakar semangat dalam hidup kita. Hidup ni mesti perlukan vitamin untuk terus maju. Dengan kisah inspirasi , boleh la sama2 kita teruskan semangat untuk teruskan hidup yang mendatang . Dan bukan sekadar suka2 . Ia jugak boleh buat pedoman dan memberi manfaat yang berguna.

2. Untuk menarik magnet positif




Bila anda biasakan diri dengan membaca kisah2 inspirasi atau tonton filem yang boleh bagi kesan motivasi, secara tak langsung ia akan menarik magnet2 yang positif dalam diri.
Bila diri kita penuh dengan aura positif, semua keputusan yang akan dibuat juga positif. Orang di sekeliling pun turut merasa aura positif tuu. Ia jugak boleh buat fikiran anda terbuka secara tidak langsung.

3. Terselit pelbagai kisah



Dalam kisah inspirasi, Bila kita baca, kita akan rasa lagi berazam untuk mengubah nasib diri menjadi yang terbaik antara orang keliling. Jika  kita tak baca , kita tak tahu ,masalah yang mereka hadapi. Kebanyakkan kisah inspirasi yang kita tonton dalam tv adalah berdasarkan kisah benar yang telah diolah. Kisah yang dilalui sendiri oleh watak tersebut.

4. Ada nilai tersendiri.




Setiap kisah inspirasi ada kisah tersendiri. Kisah yang kita tak tahu . Bila kita cari , baru lah tahu kisah yang sebenar. Sebab tu  la kenapa kisah tersendiri ini sangat bernas.Kata2 tak boleh dibeli dengan duit. Ia boleh dijadikan sebagai pengajaran dan untuk motivasi diri. yeahhh πŸ€‘


5. Susah untuk dilupakan




Bila kita tengok cerita fav kita , kita mesti akan ingat jalan cerita dia macam mana lepas tu jadi macam mana kan ? Bila orang suruh kita cerita balik , kita boleh cerita sebijik sebijik hahaha. Ini sebab banyak nilai positif yang memberi kesan mendalam kepada jiwa. It's such as an inspiring drama bagi kita lah kan ?

So, kisah inspirasi memang penting dan terbukti hahahaha boleh bantu kita dalam kehidupan harian. Macam zaman sekarang yang ada crush2 tu kann πŸ˜… . Mesti kawan pernah kata , bila nampak crush ja , teruih ada semangat nak belajaq kann ? selalu macam tu . πŸ˜†. Alright, See u later . Bye.

Wednesday, 28 March 2018

Pulau Pinang, Pulau Mutiara



Assalamualaikum ,

Hai gais , Kali ni jom kita tengok apa tempat yang best kat Penang ni. Saya ni orang penang saja , tapi jarang la jalan2 keluaq pi tempat best2 kat sini. Selalu orang duk kata Penang ni syurga makanan en ? Ni bukan setakat banyak makanan. Tempat yang best2 pun banyak sampai tak tau nakpi mana satu. hahaha. Kalau orang mai Penang , mesti nak tau kan ada apa kat Penang ni ? Best ka ? Banyak ka tempat best ? Haaa harini saya nak share sikit tempat2 yang best kat Penang. Kod la sapa sapa dah  duk merancang nak mai Penang, tapi taktau nakpi mana. Penang ni bukan setakat ada jambatan panjang ja , sekarang ni Penang dah ada 2 jambatan haa. Boleh pilih nak naik jambatan mana ataupun feri. 

                                            
                                          Yang atas ni jambatan Pulau Pinang yang pertama.

Alright, disebabkan ramai yang suka makan, saya mulakan dengan tempat menarik kat Penang yang berkaitan dengan makanan ialah Wonderfood Museum, Penang. πŸ’—πŸ’— Biasa kita duk dengaq muzium bersejarah ja kan ? Tapi kat Penang ni ada Muzium makanan dan mereka letak makanan sebagai pameran. Yang lagi best ialah makanan yang dipamerkan semuanya makanan tempatan seperti roti canai, nasi lemak ayam , cendol , laksa. Pengunjung juga boleh ambil gambaq. Kan sekarang kan kita kat mana pun nak ber " selfie " . So, sapa yang mai muzium ni boleh la selfie  πŸ’ƒdengan makanan makanan yang ada. Saiz makanan yang dipamerkan semua besaq2 so, hampa jangan terkejut la nahhh. Bayaran nak masuk ke muzium ni adalah RM 15 (dewasa) dan RM10 (kanak2). Waktu beroperasi pulak adalah setiap hari dari pukul 9am - 6pm . Muzium ni terletak di 49 Lebuh Pantai, George Town,10200 George town , Pulau Pinang.


Besaq kannnn 






























Yaaaa , next place pulak. Avatar Secret Garden, Tanjung Tokong

 Mesti  hampa pelik kan kenapa nama avatar ? Mesti hampa terbayang tentang makhluk gergasi yang seakan akan manusia dalam skala gergasi di dalam hutan yang cantik. Hutan yang penuh warna warni di dalam filem tersebut diilustrasikan di Tanjung Tokong ni. Antara daya tarikannya ialah Taman Tulip , Ppan Chess Cina, Pokok warna warni dan Menara Bercahaya. Tempat ni tak la besaq mana pun tapi kalau hampa pi, memang akan fall in love lah dengan lampu warna warni.Cantik wehhhh. Pemandangannya pun boleh tenangkan kita dan boleh menghilangkan stress. Yang pastinya , masuk adalah percuma. Haaa best dak ? Bukan senang nak jumpak tempat yang masuk free nih. Kalau nak lagi best , pi wakru malam . baru nampak warna warni tuh haa. Avatar Garden ni bukak setiap hari dari pukul 8am - 12am. Tempatnya, di 336 Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia.




Cantik dakk ? 
Okayyy , seterusnya , banyak rupanya tempat yang best best kat Penang ni kan ? Yeahh, Kalini kita tengok Penang Escape Theme Park, Teluk Bahang .

Penang Escape Theme Park merupakan tempat yang sesuai untuk sesiapa yang minat sukan ekstrem dan sesiapan yang nak riadah seperti di kampung. Hasil ilham En. Sim membawakan satu konsep taman tema yang lain dari lain. Daya tarikan dekat escape ini adalah Tubby Racer (Perlumbaan Tube), A-Maze (Permainan sorok sorok ) dan Gecko Tower. Semua ni berdasarkan konsep permainan tradisional. Kalau hampa mai escape ni , mesti kena duk lama . Sebab bila dah main tu , penat pun tak rasa. Rasa macam lagi nak main. Bayaran untuk nak masuk escape ialah RM 55 . Hampa boleh layari laman web Penang Escape untuk maklumat yang lebih lanjut. Escape ni bukak setiap hari (KECUALI Isnin ) dari 10am - 6pm. Lokasi Escape ni dekat 828, Jalan Teluk Bahang , Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang , Pulau Pinang, Malaysia.


Lasak tak lasak hampa tengok ? πŸ‘€
Dah 3 tempat dah saya share . Next agak agak tempat apa pulak ? Mana pulak nakpi nih ? Okay kita tengok pulak  Penang 3D Trick Art Museum iaitu muzium 3D . Dalam muzium 3D ni , kita boleh tengok lukisan yang boleh kelirukan mata kita sampai boleh juling laaa. HAHAHA. Dak dak. Tak juling pun cuma rasa tertarik ja. Kalau nak lagi seronok , bawak la kawan2 hampa ka family hampa ka sekali. Baru boleh posing macam2 gaya. Tips untuk mengambil gambar juga disediakan di sudut pameran.Tapi paling penting kalau mai muzium , benda wajib kena bawak adalah kamera la. Takkan nak masuk saja saja enn ? Bayaran untuk masuk dalam muzium ini ada RM 15. Jarang risau, muzium ni bukak tiap hari tau dari pukul 9.00am - 6.00pm. Muzium ni bertempat di 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.


Nampak 3D kannns
Muzium 3D dah , Escape dah, Avatar Secret Garden dah,and Muzium food pun dah. Saya bagi 1 lagi tempat yang bestttt kat Penang. Haaa tempat mana pulak ? Yaaaa saya nak kongsi pantai yang best kat Penang . Mesti dah tau kannn. Pantai Batu Feringghi. Tempat yang paling sesuai bila stress ,bila bosan dan lain2. Pantai kodd. Sapa ja yang tak suka pi pantai melainkan yang takut sunburn . Pantai is a part of my fav place.

Okay, balik pada cerita pantai batu Feringghi. Boleh buat apa kat sana ? Ada apa ? Boleh mandi ka ? Haaa. mai ceq nak habaq. hahaha. Kat sini , semua boleh buat .Mandi boleh , berkelah boleh , mai ambik angin saja pun boleh. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah jet ski , menaiki bot dan lain2. Selain itu , sesiapa yang suka tengok sunset ka boleh datang pada waktu senja kerana kita boleh tengok sendiri dengan mata macam mana rupanya sunset tu . Tambah2 tengok sunset kat pantai pulak.lagilahhhhh cantik . So, boleh bawak tok tokwan family makcik pakcik mai kena sendiri angin pantai batu feringghi . Mesti best aih.





So, inilah rupa pantai itu. kalau rasa nak mandi manda punboleh saja. Cantik kan pemandangan kat situ . So, kepada sapa yang taktau nakpi mana untuk holiday ka apa ka boleh saja datang terus. Tidak perlu bayaq apa2 pun. Parking free semua free. Di sekitar tepi2 pantai tu , ada jualan makanan, pakaian dan lain2 lahi. Semua ada depan mata , so tungggu apa lagiiiiii.Saya dah share 5 lokasi yang menarik di Penang. Selamat meneroka gais. Byeee

Thursday, 22 March 2018

Frisbee





Assalamualaikum ✌ 


Haa. Jum jum update blog. Harini nak cerita pasai apa pulak hah ? Anyones have idea ? hehe. Haaa. nak cerita pasai permainan baru yang saya pernah main. :D . Selama 17 tahun ni , jarang la nak aktif kat sekolah bagai . Bila sukan pun , lari menyorok dalam kelas haha. sebabnya malas nak lari. Okay , back to topic. Kat matriks ni kan kena cari markah koko untuk nak isi upu dan untuk pemilihan kemasukan ke Univerasiti nanti. Bila dah kena cari markah koko, so, kena la masuk aktiviti yang dianjurkan kat matrik ni. First pertandingan yang saya masuk tau dak apa. hahahahah. Nama permainan ni FRISBEE . Mula mula tu taktau langsung frisbee tu benda apa . Duk ingat inddor game ka apa. Rupanya main lempaq2 piring tu.. Haaa. sapa dah berkawen nanti, komfem cekap baling pinggan .😁😁 Joke joke. Sapa aktif sukan ni mesti tau kan frisbee tu benda apa. tapi kalau orang macam saya ni , memang peqak la. taktau benda apa. HAHAHA.





Inilah rupanya frisbee tu. Yang tu orang panggil disk. Mula mula terpikiaq jugak la boleh terbang jauh ka benda ni . Ka dia patah balik mai kat kita hahaha. Hari first turun padang memang semangat ah. First try baling and tangkap dulu. Bila dah lama lama main, dia cekap lah sikit . hehe. Kami start berlatih pun nak dekat tarikh lawan dah. So, belajaq sikit ja la kira. Bagi tau peraturan main dia macam mana dengan cara main pun cukup lah. hahahah.


Jeng jeng jeng. Bila mai hari nak lawan tu , hari selasa, dia punya ketaq laa adoi. Kami turn no.3. So, dan la tengok orang sebelum2 kami lawan macam mana en ?. Bila sampai ja turn kami, pengadil panggil masuk padang, lepas tu depa duk caqi group lawan kami . Kami pun macam "eh sapa yang lawan dengan kita nihh" ? Tengok tengok pengadil tiup wisel panjang. Kami pelik ahh. Rupa rupanya en , MENANG TANPA BERTANDING wehhhhhh. HAHAHAHAHA. Memang gelak gila2 ah. Hilang habih ketaq2 tu. Dengan bangganya pi duk tempat lain acah macam nak berlatih la en . Padahal berlatih sat ja . Amik gambaq ja bnyak. Kiranya group kami dapat masuk final la. hehehehehe.





MY TEAM

Syok la tu hari first dah menang tanpa bertanding dah. heh heh . Esok tu ada lagi perlawanan seterusnya (LIGA). Kiranya kami lepas masuk liga game la .Esok tu taktau la menang ka kalah sebab tak penah masuk berlawan en ? Get ready ja lah apa nak jadi pun kan . huhuhu.

Haaa. tiba masanyaaa, harini pulak ada 2 game lagi. Sambung yang kelmaqin punya mainan tu kan. Kami second game pulak. Kira ada masa  nak berlatih la sikit. Harini 4 game ada tapi tak sempat habiskan pun sebab takdan . Kami sempat main 2 game ja, lagi 2 game sambung Jumaat. Game first, kami kalah :( Game second pulak kami seri. hehehehehhehe. Jumaat tu pulak kira penentu la sapa menang , sapa kalah. Kami takla sedih sangat sebab kami pun tak berlatih. Memang rasa nak tarik diri ja awai2 tu tapi tu laaaa alang alang masuk game tu , habiskan jala .

Ni nak cerita ni , Ya Allah first game kami ? tau dak jadi apa ? *tapi aku tak masuk first game*. Gaih gia depa main 😭😭😭😭 . Tau dak sampai kena tumbok mulut la , pucat habih mulut kawan tu. Ada yang kena siku pun ada . First game yang penah kami main, yang paling ganaih , game ni lahh. Gila2 depa tu. Guard pun rapat dengan geng depa . Bila pengadil geng depa, salah kami , nampak jaa semua. Bila salah geng lawan, kami bagitau pun depa kata betoi . hmm. Menguji lesabaran betoi. Aku yang duk tengok pun rasa geram, yang depa duk main tu taktau la duk mengutuk apa masa main tuh πŸ˜…

Lepas tu game last tu ramai takmau main dah tapi, main jala sebab last dah. Game last ni lawan dengan chinese ja. So, kami pun main gelak2 ja walaupun yang duk kat luaq padang tu duk saiko2 masa game. We play with laugh..... Bila habis ja game tuh, kami tak tanya apa dah, terus ambik barang and blah terus dari situ. Masa nak balik tu pulak, selisih dengan miss Hakimah. Miss Hakimah la yang ajaq kami masa mula2 masuk dulu. Lepastu miss tanya macam mana game ? Pakat cakap okay ja, siap kena tumbok la macam2 kena. Lepas tu muka miss pun macam pelik pastuh dia tanya kenapa ???? Apa jadi ??? Pastuh pakat cakap okay ja , tadak apa . Takot nak cerita sebab group yang duk kata tu pun rapat dengan Miss Hakimah jugak. So, semua diam ja la








Di hari hari terakhir perlawanan . Last dah pun nak main ni kan ? 






Ni la namanya pengalaman. Saja nak caqi pengalaman baru .Hmm. Lagi pun markah koko jugak benda ni.  Okehh yang ni ja kod nak cerita. Lain kali , saya post lagi eh ? Byeeee gaisss . 

Thursday, 1 March 2018

Tabah Dengan Ujian Mendatang

Assalamualaikum ,

Post kali ni nak share la sikit kat semua orang and nak bagi tips sikit. Okay, kita ni sebagai manusia tak penah lari daripada buat salah kan ? Bila kita salah sikit jaa, orang akan ingat kesalahan kita tu sampai bila bila. And kebaikan yang orang nampak , orang akan ingat satttt saja. So, kita boleh nampak la manusia ni suka caqi salah orang.

So, bila sekali kita ditindas , mula la orang nak judge kita macam2 . Orang akan nampak kita ni sangat la teruk. Orang akan lari dari kita. Perumpamaan pun ada kata kan? Hidup kita ni tak selalunya di atas. Dia macam roda, kadang di atas , kadang di tindas. Alright, harini saya nak bagi tips sikit *in sha Allah berguna hehe. kepada diri kita untuk kuatkan semangat kita ketika berada dalam kesusahan.


1) BERFIKIRAN POSITIF DAN JANGAN STRESS

Bila kita ada masalah , jangan la bertindak buat bukan2 sebab masa kita duk marah tu , emosi kita tidak boleh dikawal dan trlalu ikut perasaan. Tapi , boleh jaa kita tarik nafas dan ambik masa singkat untuk berfikir dan membuat keputusan secara rasional.


2)BERANI BUAT PERUBAHAN

Seseorang yang sering melakukam perkara biasa dan terlalu merendahkan diri , takkan merasakan kehebatan kehidupan sebenar.Kebanyakan orang takut perubahan. Mereka sering branggapan seperti "saya sering "saya akan" bila dah baik keadaan. Dan semakin lama ia tergendala, semakin susah untuk dilakukan

3)CUBA UNTUK PERBAIKI DIRI SENDIRI  sebanyak 1% setiap hari, kerana dalam masa setahun,anda berjaya memprbaiki diri sebanyak 365%



4) SEGELINTIR YANG MENGIMPIKAN KEJAYAAN, SEMENTARA YANG LAIN BEKERJA KERAS UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN




Kadang kadang kenalan rapat kita adalah saingan kita untuk membakar semangat supaya untuk lebih berusaha dan berlawanan untuk menjadi yang terbaik

5) Bila kau ditimpa atau dalam kesusahan. Kau kena ingat β˜πŸ» "Allah has already planned your life. If something goes wrong , it went wrong for a reason." Allah dah atur dengan baik jalan hidup kita.😁

Bila kita ditimpa masalah , kita hanya ingat yang Allah takkan uji hambanya yang tak ampu melakukan ujian tersebut So, apa jua dugaan yang mendatang, kita mesti kena tempuhi dengan sabar dan setenang tenangnya. hehehe. Kadang kadang aku pun rasa fedup bila rasa banyak masalah yang tak henti henti. rasa penat dengan semua dugaan yang datang. Tapi bila slow2 kita atasi, In sha Allah boleh aihh. :)



6) "Hidup itu sangat sederhana, tapi kita yang membuat hidup menjadi rumit."
                          [Confucius]



Hidup itu sederhana. Contoh, seorang pelajar macam saya , pergi belajaq dan balik dengan senyum *kadang2 jaa. kalau keja banyak memang bebai hehe * itulah Hidup. Jika kita gagal kelmaqin tapi kita tidak boleh menyerah , Itulah Hidup. Namun, kita sering membuat hidup menjadi rumit kerana mengejar dunia berlebihan. yeahhh. we can do it πŸ’ͺ


Yeahhh.that's all that I want to share fo you. Semoga kita semua tabah menghadapi hati hari mendatang. Act, saya suka dengan ayat2 semangat ni dengan qoutes yang boleh bagi saya inspirasi. Hampa suka ? Kalau ya , samalah kita. huuuu. Bye. Assalamualaikum. πŸ’¨

Sweet Moment (Part 2)

Hello gais , haaa sabaq2. Haritu saya kata nak sambung enn? cerita pasai my holiday mood.πŸ’ƒ Well, cuti sem lahh yang nak cuti lama pun and cuti yang dinantikan oleh budak2 kolej. huhu. Alright, haritu berhenti sampai hari Isnin tu ja kan ? Yeahh, selasa tu kita enjoy lagi. Actually semua dah lama tak gather sekali πŸ‘­πŸ‘­πŸ‘­ , sebab tu hari selasa tu kami semua nakpi ambik sijil SPM dekat sekolah and lepas tu kami nak berkelahπŸπŸ› . Kami pi sekolah pagi tu , pi sembang2 dengan cikgu yang dirindui.✨


This is our Addmath and Physic's teacher. So annoying laa and sangat sporting. Ckg AzlinaπŸ™ˆ , yang selalu buat kelas tambahan sampai lewat petang demi Spm, cikgu yang rajin belanja kami makan bila buat kelas tambahan. And cikgu jugak cikgu kelas kami. Asyik asyik nampak muka kami jaa, mau taknya , guru kelas , cikgu fizik, addmath. hahah..Kalini jumpak cikgu haaa pakat duk throwback la masa form 5 dulu.😽

Lepas jumpak cikgu2 and kami nak mintak kebenaran warden asrama , nak bawak kawan2 yang form 6 tapi yang duk asrama .Nak bawak depa keluaq, tapi cikgu tak bagiiii...😭😭😭 Sedih terokkkkk. sebabnya pi bagitau kat cikgu kata nakpipantai hm.So, kami pi jumpak ja depa . Depa pulak ada test muet .πŸ’ͺ


Nampak dak dua orang yang pakai baju kelabu oren tu, depa dua la tak boleh ikot. sedih ya amatttt.😿😿 Tu pun amik gambaq kalot2.Dan jumpak sat ja. bagi inspirasi amik muet. kahkah.*perasan. Duduk kat sekolah pun dah sampai zohor , so kami singgah solat dekat masjid dulu ,baru pi pantai. Malam sebelum tu dah bincang dah nak bawak makanan apa and so on.

Kami pi pantai naik 3 kereta hahaha. Pakat dah ada lesen, dah boleh bawak kawan2 berjalan. πŸš™πŸš™ Pukul 3 lebih kami pun sampai la pantai bagan ajam. 🌊 Dekat2 jaaa. Mak tak bagi pi jauh2. Panas terik, kelah apa en? hahahha. Takpa , asalkan dapat jumpak semua.


Okay, timee ni kami duk tunggu sebijik kereta lagi. Depa pi beli pizza ka pi buat pizza tahh. Punya la lama tunggu .😒 Duk dngaq ja makanan duk bisik suruh makan. Nasib boleh sabaq ja tunggu depa sampai. Nampak ja kereta depa, semua pakat ready nak makan.πŸ˜‹πŸ˜‹


Yessssaaaa, pizza pun dah sampai , tunggu lagi ? makan laa gais. Macam2 makanan ada. Laksa, meatball, mi sanggoi, nugget danlain2 lagi ah. Masa kami duk makan ni kan , ada satu tragedi ni yang rosak mood habih. Kami semua duk makan macam biasa la sembang2 semua, belakang kami pulak ada dua orang laki, sorang naik kereta, sorang naik moto. Depa dua pelikk gila. act depa minat kat salah sorang daripada kami sebab pakai mulut merah sangatlah katakan an.HAHAHA. Biasa la laki yang lepak sana semua yang tak berapa elok perangai.

Lepas kami perasan yang dua orang laki ni asyik duknperati jaaa. kami decide nak tukaq tempat. So semua kemas barang slow2 and bawak masuk dalam kereta. Haaa satu lgi, masa kami duk makan tuh, salah sorang depa ni, amik gambaqq weh. serammmm. haaaa. Dengan duk pegang botoi macam ayaq ketum pun ada hahahhhaha.


Yang tudung merah yang hujung tu la depa mau dekat dia . Bila semua dahmasuk kereta ,yang driver pun bawak kalot2 sampai langgaq tong sampah pun ada. hahaha.Then, kami berenti depan sikit , untuk  nak ambik gambaq ja then balik. Elok kami turun kereta jaaaa, tiba2 kereta kawan yang amik gambaq kami semua tu  tadi duk belakang kami ja. depa ikot kottttt. semua terkejut and pakat takmau ambik gambaq,pakat nak balik sebab laki tu macam saiko. Sampai ikot kami pi mana saja.


Muka masing2 nak balik jah masa ni sebab takut depa ikot lagi..

The last  photo togather :') Sebab dua orang lelaki tu la , rosak habih berkelah kami.πŸ’€ Masa jalan balik pun depa lambai lambai tangan lagi. Semua balik tak berani cerita pasai tu
kat parents takot parents tak bagi keluaq dah lepas ni . huhu.😑😑 Dah laa payah nak jumpak walaupun duduk satu matrik ja. hm. I hope next time, kita boleh berkelah dengan tenang dan cukup members :) ❀

Cuti pun dah habis sebab hari rabu kena start buat homework dah. Okay, cuti cuti saya menghabiskan masa dengan orang tersayang. muahh. See you again. πŸ‘‹πŸ‘‹ 

Sweet Moment

Assalamualaikum hye πŸ‘‹ Yeahhhh , minggu ni adalah minggu yang dinantikann. Holiday mood on gaiss. πŸ’ƒ Walaupun cuti seminggu ja en , dapat jugak keluaq daqi penjara kmpp nihh. Boleh duduk rumah seminggu pun jadi laa. πŸ‘…. Sepanjang seminggu nihhh , rasa nak lupa semua pasai study2 , takmau pikiaq langsung , tapi takleh jugak. Nanti lupa habih apa yang belajaq . Taqa duk belajaq yang sekarang ni pun duk merangkak lagi , haihhh 😌 . Alright , sebelum cuti lagi dah plan nakpi merata, antara jadi dengan tak jadi jahh  πŸ˜‚   . Mid sem break ni , sekali dengan Chinese New Year so, pendek la cuti tuh.

Okayy, first place kami pi masa cuti adalahhh haa tekaa tekaa πŸ˜‚  Penang ja pun 😌 Kami pi hari Isnin , empat orang , andddd pi untuk cari makanan ja kat sana πŸ˜‚πŸ˜‚. Last minute plan selalunya menjadi πŸ˜›. Yaznie , sebagai pemandu kami haa tapi dia takdak lesen πŸ˜’. Elok sampai Penang tu , nasib la terdetik nak tanya , ada lesen dak?? dengan rilex ja dia jawab takdak lesen πŸ˜’πŸ˜’πŸ˜’. Ketaq weiii , Penang kodd. dah la bawak kereta pastuh mencelah merata. laju muaa cukopp. adoii. Okay , back to story . Lagi tiga orang (Dyana , Siti and me ) duk belah seberang Penang. So, kami berkumpul kat rumah dyana , and ayah dyana hantaq kami pi jeti 🚒 .

Haaa tu Yaznie , yang kedua dari kanan tuh haa. supirr berjaya ha πŸ˜‚. Belakang tu , dyana and siti.

First place kami pi, macam biasa laaaa, ofcos Padang Kota. Pi padang kota semata mata nak beli pasemboq jaa sebab dyana yang nak. Kami nakpi makan roti bakar transfer road. Elok kami sampai tu , mula mula depa kata roti habis dah. hm. lepas tu tiba2 ada pulak. magik bukan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.?? 

Then,lepas semua dah kenyang, yeahh masa untuk pi tempat wajib bagi perempuan. Kalau takpi tu bukan namanya perempuan la. ahahahha. Kami semua pi shopping lerr dekat Gurney. Semua be like, bila sorang start beli satu barang , yang lain punn apa lagi, kalot nak shopping jugak la jawab dia. hehe. Duit  aku sekali terbang sebab Dyana nak beli kasut. Haaa.tiba tiba teringat . Kasut dyana tu macam tau tau ja kami nak pi shopping sebab masa tu la kasut dia nak tercabut tapak kasut dia. Kawan pun jalan la dengan kaki sakit ,pi caqi kasut baru . Okay sambung balik. Duit aku melayang sebab beli kasut dengan dyana la (2 pasang RM 50) . 

Lepas shopping, semua lapaq la balik and Dyana tu teringin nak makan Mr. Dakgalbi pulak. adoii. macam2 lahai. Semua pun ikot la dia , kmpunan apa tah. 


Ni diaaa.Kitaa lanja sikit . Sedap jugak wehh. boleh la try *promote* .Tengok gambaq ni tiba2 ada 5 orang en ? Sorang lagi tu dia duduk dekat Penang jugak. Kami baru inform ja dia , duk sat haaa depan mata dah. Dia rider berjaya nii. Naik moto , selit2 haa sampai . HAHAHA.

Thenn, sebelum balik , hehe kami makan mcd pulak berkelah tepi laut. Amik angin la katakan.



 Lepas tu, duk elok kami duk amik angin, teringat yang hari tu hari isnin (hari bekerja wehhh) . Jalan Penang sangatlahh jemmm . Kalot la Yaznie nak hantaq kami balik pi jeti.Nak tunggu feri lagi. Parents masing2 pakat call dah. ada dekat mana dah la hahahaha. Gelabah weii. Maghrib tu, kami ada dekat atas feri lagi. Feri pulak lambat terok. Ayah Siti tunggu dekat jeti seberang punya lama dah wei.

Aku pulak tinggai moto dekat rumah dyana. Nak balik rumah tuuuu. em. Ayah call tanya berani ka balik maghrib2 dari Seberang Jaya pi Kubang Semang sorang2. Aku pun kata pi la berani. satgi kesian pulak orang nak kena mai amik kann.. Yang tak percayanya aku bawak moto dari rumah dyana, balik rumah 10 minit ja wehhhh. HAHAHAHA. Masa "otw" balik tu keja duk selawat ja hahahahahahahha. sebab takot wehhh. Jalan gelap , takdak orang lalu pulak masa aku lalu tuh.. 

Then, semua dah sampai rumah masing2 .malam tu tidoq awai semua. penat la. 



Share sikit gambaq . Jangan jeles naa sapa yang tak ikot tu.hehe. 

Hari selasa tu pulak , keluaq lagi. Haa ni dengan kawan sekolah menengah that i love . Rasa bnyak pulak cerita. Maaf lerr eksaited sangat nak cerita benda menarik ni. Okay la , cerita hari selasa tu I will continue for my next post yaa.? Byee. Have a nice dayyyyyy.